Members of Muslimin
All My Crews
Members of Muslimat
Semester 09/10
|
| ||||||||||||||||||
Labels
- Articles (1)
- IT AND MULTIMEDIA (2)
- TAZKIRAH (7)
- UCAPAN (1)
- UMUM (2)
Basshunter - All I Ever Wanted
Radio Malaysia Online
Followers
About Me
- Alsyuk
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Al-kisah dimaktubkan nama pada diri ini Muhammad Syafaat Bin Mohd Azli.Merupakan Putera Sulong dari 7 adik-beradik yang dilahirkan di Gerik ,Negeri Perak Darul Ridzuan.Kini putera ini semakin membesar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Adika Raja,Gerik.Kemudian di awal remaja meneruskan pengajian di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah(SARJANA).Seterusnya putera meneruskan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri Kelantan.Kini putera berada di Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam Ijazah Sarjana Muda Syaridah dan Undang-undang selama 4 Tahun.Putera merupakan mantan Jawantankuasa Kebajikan dan kemasyarakatan di APIUM Nilam Puri.
Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP
Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows XP ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.
Mengapa Perlu Format Komputer?
Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
- Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
- Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.
Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan installWindows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:
Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
- Hidupkan komputer anda.
- Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
- Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
- Pilih Boot Sequence.
- Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
- Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.
Format Hard Disk
- Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
- Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya andainstall Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
- “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
- Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.
- “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
- Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
- Sekiranya hard disk anda:
- masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
- tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
- Buat satu partition dengan menekan butang C.
- Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
- Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalamexternal hard drive.
- Tekan butang C untuk setuju.
- Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
- Tekan butang F untuk format Hard Disk.
- Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses installWindows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
Install Windows XP
- Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
- Masukkan nama anda dan klik butang Next.
- Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
- Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
- Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
- Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
- Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
- Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP
- Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
- “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
- Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
- Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
- Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
- Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
- Klik pada butang Finish.
- Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)
BROTHERHOOD OF MUSLIM CAMPING 2009 menutup tirai
Brotherhood of Muslim Camping 2009 atau lebih dikenali dengan BRO-MC 09 yang dijalankan pada 22-24 November 2009 bertempat di Kem Seri Raudah ,Gombak kini menutup tirai setelah sekian lama dirancang beberapa bulan sebelum termaktub program ini.Untuk makluman program ini merupakan anjuran daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan hal ini merupakan salah satu inisiatif bagi menerapkan dan menerangkan para peserta untuk mendalami Islam dengan lebih jelas dan terperinci.Adapun begitu pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi memeriahkan program ini.Antaranya :
trekking, explorace dan lain-lain.InsyaAllah saya akan masukkan
video sepanjang Bro Mc 09 .Alhamdulillah program yang dijalankan
mendapat sambutan yang baik dikalangan peserta.Semoga program
seperti ini dibuat pada masa akan datang...