free web counter

Members of Muslimin

All My Crews

Members of Muslimat

Semester 09/10

Academic Year 2009/2010

Semester II
Lectures28.12.2009 - 12.02.2010
Break13.02.2010 - 21.02.2010
Lectures22.02.2010 - 11.04.2010
Revision12.04.2010 - 18.04.2010
Examination19.04.2010 - 09.05.2010
Special Semester
Lectures and Examination10.05.2010 - 27.06.2010
Break10.05.2010 - 04.07.2010S

Labels

Basshunter - All I Ever Wanted

Radio Malaysia Online

Followers

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Al-kisah dimaktubkan nama pada diri ini Muhammad Syafaat Bin Mohd Azli.Merupakan Putera Sulong dari 7 adik-beradik yang dilahirkan di Gerik ,Negeri Perak Darul Ridzuan.Kini putera ini semakin membesar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Adika Raja,Gerik.Kemudian di awal remaja meneruskan pengajian di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah(SARJANA).Seterusnya putera meneruskan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri Kelantan.Kini putera berada di Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam Ijazah Sarjana Muda Syaridah dan Undang-undang selama 4 Tahun.Putera merupakan mantan Jawantankuasa Kebajikan dan kemasyarakatan di APIUM Nilam Puri.

ShoutMix chat widget

Jenis Virus dan Anti-Virus Dalam Kehidupan Kita

Posted by Alsyuk


Virus selalu ditakrifkan pada pandangan umum merupakan suatu penyakit atau sakit yang menjakiti kepada sesuatu.Dalam konteks Islam pula kita boleh mendefinisikan adalah marad atau sakit yang menyelubungi atau menyerang hati manusia yang lemah ,kurang daya dan jauh dirinya dari Allah.Ia merupakan suatu jangkitan yang cukup bahaya sekiranya kita tidak membendungnya daripada menular atau menyerang keseluruh badan.Benarlah,manusia seperti kita sering lupa akan nikmat yang dikurniakan daripada penciptanya.Oleh yang demikian ,kita sebagai hambanya perlu mengetahui dan mengkaji akan jangkitannya sebelum kita terlambat hingga menyebabkan hati kita tertutup,hilang peliharaan dan pengawasan Allah dan yang lebih malang kita tidak akan mendapat keredhaan Allah atas setiap amalan ,perbauatan yang kita lakukan.Sebagaimana dalam potongan hadis baginda menyebutkan bahawa “…Ingatlah sesungguhnya dalam diri manusia itu terdapat saketul daging,sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya dan sekiranya rosak atau kotor daging itu maka rosaklah saluruh anggotanya,dan ingatlah bahawasanya ia adalah hati”.sahih muslim dan bukhari

Sebelum itu, kita hendaklah mengetahui apa itu antivirus ?apa fungsinya? Antivirus merupakan suatu alat pengcegahan atau agen pelemah kepada kemarakan virus yang menyerang mangsanya atau seumpamanya.Dari segi konteks Islam pula ia merupakan penawar atau makanan yang berkhasiat ,baik dan cukup zat bagi mengubati hati yang lemah kepada jalan yang benar dan dalam pangkuan Allah serta mendekatkan diri dan taat kepada –Nya.Mari kita kaji 2 jenis virus yang berbahaya ini serta sebab berlakunya dan kita cari anti-virusnya untuk kita supaya sedar dan membantu diri kita ke jalan yang diredhai Alllah.

VIRUS 1 : GHURUR

Sebab

1. Tidak cakna diri sendiri dan meninggalkan muhasabah

2. Tiada nasihat menasihati

3. Melampau dalam agama

4. Mendalami ilmu yang pelik dan masaal (tanpa amal).

5. Hanya melihat kebaikan dan lupa kepada maksiat sendiri.

6. Cenderung kepada dunia.

7. Terlalu ingin menyembunyikan kebaikan

8. Membezakan madu

Kesan Ghurur

· Takabbur yang tidak sepatutnya.

· Keras dengan pandangan sendiri

Tanda-tanda:

· Sentiasa merendahkan orang lain

· Sentiasa menyebutkan kebaikan sendiri

· Sukar tunduk kepada peraturan dan arahan.

Antivirus:

1. Ingatkan akibatnya yang buruk

2. Rasa perlu sederhana dalam semua perkara

3. Ingat bahawa amalan sahaja bukan penentu keselematan akhirat.

4. Sentiasa mentadabbur ayat-ayat Allah.

5. Membaca kesah-kesah salaf saleh yang ikhlas dan zuhud.

6. Mementingkan perkara-perkara yang besar dan usul.

7. Meninggalkan orang ghurur

8. Sentiasa menasihati shabat yang ghurur

9. Menolak kedudukan hadapan

VIRUS 2 : LEMAH SEMANGAT

Sebab :

1. Tasyaddud dan melampau

2. Terlalu banyak bergeluman dengan perkara harus

3. Meninggalkan jamaah dan suka menyendiri

4. Kurang mengingati mati dan akhirat

5. Melalaikan amalan harian

6. Makan/minum atau menggunakan perkara yang haram

7. Melibatkan diri dalam kerja Islam yang juzi.

8. Membebani badan lebih dari kemampuan.

9. Tiada bersedia menghadapi kesukaran.

10. Berkawan dengan orang yang lemah.

11. Melakukan kerja Islam secara spontan dan tiada panduan.

12. Melakukan dosa walaupun kecil dan merasa senang dengannya.

Kesan:

Kurang pahala - dan kemungkinan mati dalam keadaan begitu.

Lambat sampai kepada matlamat

Ubat:

1. Menjauhkan diri dari maksiat besar dan kecil.

2. Melazimi amalan harian

3. Menghidupkan waktu yang afdhal dengan amalan.

4. Mencampakkan diri ke dalam jamaah dan rela diatur.

5. Memahami hakikat sunnatullah.

6. Memahami tabiat jalan dakwah

7. Memahami dan menuruti manhaj amal Islam yang betul.

8. Sentiasa bersama dengan orang yang berhimmah tinggi.

9. Menghiburkan diri sekali sekala.

10. Sentiasa menatapi buku sirah dan kisah salafus-soleh.

11. Mengingati mati

12. Menghadiri majlis ilmu.

Sedara-sedari sekalian sudah pasti mengetahui 2 jenis virus tersebut dan kadang-kadang kita tidak perasan atau rasa akan kehadiran dalam diri kita.Jadi berikut merupakan beberapa jalan taua kaedah untuk mengatasinya.Namun tidak dapat dinafikan ada cara atau alternative yang lebih teguh dan jitu untuk mencegahnya.Semoga kita dapat mengambil intipati daripada coretan yang dinukilkan.Hal ini penting buat kita dalam memastikan peranan kita di atas muka bumi ini bukan hanya belajar , menutup ilmu dan sebagainya tetapi ada peranan dan misi yang penting kenapa Allah jadikan kita atas muka bumi ini.Saya tinggalkan persoalan ini semoga sedara-sedari sekalian dapat menjawabnya bila kita memperhatikan akan nikmat-Nya dan menghisab kembali amalan yang kita lakuakan sama ada diterima Allah atau sebaliknya…maassalamah

Kita Sebagai Pendakwah

Posted by Alsyuk


DAKWAH adalah sebahagian daripada Islam yang tidak mungkin dipisahkan sama sekali bahkan ia berkembang bersama dengan ajaran Islam itu sendiri. Dakwah merupakan jalan yang dipilih oleh Allah untuk menegakkan kalimah-Nya. Islam tidak mungkin tersebar tanpa dakwah. Oleh itu, bermula dari Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan hinggalah ke hari ini, tanggungjawab melaksanakan dakwah sentiasa berjalan dan setiap individu yang mengakui keesaan Allah s.w.t. mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakannya.


Para pendakwah merupakan golongan yang dimuliakan Allah kerana berusaha memartabatkan kalimah Tauhid iaitu ajaran Islam ke seluruh umat manusia. Merekalah penyambung tugas-tugas yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Justeru itu, sebagai pendakwah kita perlu mengambil berat tentang perkara-perkara yang menjadi asas dalam memastikan keberkesanan usaha dakwah yang kita lakukan. Antara ciri-ciri pendakwah yang berjaya ialah :

1. Ikhlas kerana Allah s.w.t.

Ikhlas adalah kunci utama kejayaan dakwah. Seorang pendakwah mesti menanamkan niat ikhlas di dalam setiap gerak langkah dakwahnya. Semua amalannya mesti diarahkan semata-mata untuk Rabb yang menguasai alam semesta. Seorang pendakwah juga tidak sewajarnya mengharapkan kedudukan, pangkat, kemasyhuran, pujian dan sebagainya. Semua amalannya hanya menginginkan keredhaan Allah yang Maha Esa.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad) : “Upah apa pun yang aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah Saba’ : 47)

2. Mempunyai matlamat yang jelas.

Seorang pendakwah mesti mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu untuk menegakkan agama (Iqamatuddin), melakukan pembaikan (islah) dan mencegah semua bentuk kemungkaran.

3. Bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama Allah.

Bersungguh-sungguh yang dimaksudkan adalah sebagaimana seorang mujahid yang melawan musuh di medan peperangan. Ini dilakukan dengan menyeru sekalian manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara yang baik (amar ma’ruf) dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah (nahi mungkar).


4. Sentiasa menuntut dan menambah ilmu pengetahuan.

Dalam menjalankan usaha dakwah, penguasaan ilmu amat penting bagi para pendakwah. Ini untuk memudahkannya berhadapan dengan manusia yang bakal ditemuinya. Selain ilmu-ilmu yang berkait dengan aqidah dan hukum-hakam, seorang pendakwah juga perlu peka dengan perkembangan ilmu pengetahuan semasa seperti teknologi maklumat, sains dan lain-lain.

5. Sedia menerima kelebihan dan kekurangan orang lain.

Pendakwah harus menyedari bahawa dia adalah manusia yang serba kekurangan dan begitu juga manusia lain.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

“Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang bersih (dari perbuatan keji dan mungkar).”
(Surah An-Nur : 21)

Perlu disedari, hanya Allah sahaja yang sempurna dan segala kekurangan itu adalah milik kita. Oleh yang demikian, seorang pendakwah mestilah mampu berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekelilingnya.

6. Tidak mudah berputus asa ketika menghadapi kesusahan.

Berputus asa terhadap sesuatu kegagalan atau kesulitan bukanlah ciri-ciri seorang yang baik. Ini kerana, jalan dakwah sentiasa memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha untuk mengatasi segala kesukaran yang dihadapi. Rasulullah s.a.w. berada di Mekah selama 13 tahun untuk berdakwah terus-menerus walaupun baginda sering dihina dan disakiti. Sesungguhnya, jika kita kumpulkan seluruh kesusahan yang kita alami ketika ini dan dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. ternyata kita berada amat jauh di belakang.

7. Tidak mempermudah-mudahkan hukum Allah.

Antara adab-adab seorang pendakwah termasuklah tidak meremehkan sesuatu perbuatan maksiat yang dilakukan oleh seseorang. Pendakwah harus menyedarkan golongan-golongan yang membuat kemungkaran agar takut akan siksa dan azab Allah. Terdapat di kalangan pendakwah yang mempermudahkan atau menganggap ringan tentang maksiat sehingga apabila dosa besar dilakukan, dia mudah mengatakan bahawa perkara itu ringan, tidak berat dan sebagainya.

8. Mengelakkan sebarang kritikan yang bersifat peribadi.

Di antara akhlak seorang pendakwah adalah tidak mengkritik peribadi-peribadi tertentu, menjatuhkan maruah orang lain dan mendedahkan identiti mereka di khalayak ramai. Seorang pendakwah hendaklah menyedarkan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang tanpa mengumumkannya di khalayak ramai. Tapi sebaliknya ada individu yang secara terang-terangan menentang Allah melalui perbuatan, lisan, buku-buku, bid’ah atau sebagainya maka dalam keadaan ini bolehlah didedahkan identiti mereka yang terlibat bagi tujuan menyelamatkan aqidah umat Islam lainnya.

9. Tidak merasakan diri sendiri mempunyai kelebihan berbanding orang lain.

Seorang pendakwah perlu merenung ke dalam dirinya dan sentiasa merasakan dirinya seorang manusia yang serba kekurangan. Seorang pendakwah juga hendaklah memuji Allah s.w.t. kerana Allah yang telah menjadikannya sebagai seorang penyampai ajaran Islam kepada manusia serta mensyukuri nikmat ini.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.”
(Surah an-Nasr : 3)

10. Tidak menokok tambah apa yang telah ditetapkan oleh agama.

Dalam menyebarkan dakwah, kadangkala terdapat di kalangan pendakwah yang terlalu ghairah dan bersemangat sehingga menambah apa-apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, termasuklah ancaman-ancaman Allah terhadap pembuat maksiat, balasan syurga dan neraka, dosa dan pahala serta perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah.

Allah s.w.t. telah menetapkan ukuran terhadap segala sesuatu. Oleh itu, seorang pendakwah tidak boleh mengancam seseorang melebihi ketetapan Allah dengan pendapatnya sendiri walaupun untuk tujuan memberi motivasi atau perangsang.