ShoutMix chat widget

Jenis Virus dan Anti-Virus Dalam Kehidupan Kita

Posted by Alsyuk Friday, November 28, 2008


Virus selalu ditakrifkan pada pandangan umum merupakan suatu penyakit atau sakit yang menjakiti kepada sesuatu.Dalam konteks Islam pula kita boleh mendefinisikan adalah marad atau sakit yang menyelubungi atau menyerang hati manusia yang lemah ,kurang daya dan jauh dirinya dari Allah.Ia merupakan suatu jangkitan yang cukup bahaya sekiranya kita tidak membendungnya daripada menular atau menyerang keseluruh badan.Benarlah,manusia seperti kita sering lupa akan nikmat yang dikurniakan daripada penciptanya.Oleh yang demikian ,kita sebagai hambanya perlu mengetahui dan mengkaji akan jangkitannya sebelum kita terlambat hingga menyebabkan hati kita tertutup,hilang peliharaan dan pengawasan Allah dan yang lebih malang kita tidak akan mendapat keredhaan Allah atas setiap amalan ,perbauatan yang kita lakukan.Sebagaimana dalam potongan hadis baginda menyebutkan bahawa “…Ingatlah sesungguhnya dalam diri manusia itu terdapat saketul daging,sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya dan sekiranya rosak atau kotor daging itu maka rosaklah saluruh anggotanya,dan ingatlah bahawasanya ia adalah hati”.sahih muslim dan bukhari

Sebelum itu, kita hendaklah mengetahui apa itu antivirus ?apa fungsinya? Antivirus merupakan suatu alat pengcegahan atau agen pelemah kepada kemarakan virus yang menyerang mangsanya atau seumpamanya.Dari segi konteks Islam pula ia merupakan penawar atau makanan yang berkhasiat ,baik dan cukup zat bagi mengubati hati yang lemah kepada jalan yang benar dan dalam pangkuan Allah serta mendekatkan diri dan taat kepada –Nya.Mari kita kaji 2 jenis virus yang berbahaya ini serta sebab berlakunya dan kita cari anti-virusnya untuk kita supaya sedar dan membantu diri kita ke jalan yang diredhai Alllah.

VIRUS 1 : GHURUR

Sebab

1. Tidak cakna diri sendiri dan meninggalkan muhasabah

2. Tiada nasihat menasihati

3. Melampau dalam agama

4. Mendalami ilmu yang pelik dan masaal (tanpa amal).

5. Hanya melihat kebaikan dan lupa kepada maksiat sendiri.

6. Cenderung kepada dunia.

7. Terlalu ingin menyembunyikan kebaikan

8. Membezakan madu

Kesan Ghurur

· Takabbur yang tidak sepatutnya.

· Keras dengan pandangan sendiri

Tanda-tanda:

· Sentiasa merendahkan orang lain

· Sentiasa menyebutkan kebaikan sendiri

· Sukar tunduk kepada peraturan dan arahan.

Antivirus:

1. Ingatkan akibatnya yang buruk

2. Rasa perlu sederhana dalam semua perkara

3. Ingat bahawa amalan sahaja bukan penentu keselematan akhirat.

4. Sentiasa mentadabbur ayat-ayat Allah.

5. Membaca kesah-kesah salaf saleh yang ikhlas dan zuhud.

6. Mementingkan perkara-perkara yang besar dan usul.

7. Meninggalkan orang ghurur

8. Sentiasa menasihati shabat yang ghurur

9. Menolak kedudukan hadapan

VIRUS 2 : LEMAH SEMANGAT

Sebab :

1. Tasyaddud dan melampau

2. Terlalu banyak bergeluman dengan perkara harus

3. Meninggalkan jamaah dan suka menyendiri

4. Kurang mengingati mati dan akhirat

5. Melalaikan amalan harian

6. Makan/minum atau menggunakan perkara yang haram

7. Melibatkan diri dalam kerja Islam yang juzi.

8. Membebani badan lebih dari kemampuan.

9. Tiada bersedia menghadapi kesukaran.

10. Berkawan dengan orang yang lemah.

11. Melakukan kerja Islam secara spontan dan tiada panduan.

12. Melakukan dosa walaupun kecil dan merasa senang dengannya.

Kesan:

Kurang pahala - dan kemungkinan mati dalam keadaan begitu.

Lambat sampai kepada matlamat

Ubat:

1. Menjauhkan diri dari maksiat besar dan kecil.

2. Melazimi amalan harian

3. Menghidupkan waktu yang afdhal dengan amalan.

4. Mencampakkan diri ke dalam jamaah dan rela diatur.

5. Memahami hakikat sunnatullah.

6. Memahami tabiat jalan dakwah

7. Memahami dan menuruti manhaj amal Islam yang betul.

8. Sentiasa bersama dengan orang yang berhimmah tinggi.

9. Menghiburkan diri sekali sekala.

10. Sentiasa menatapi buku sirah dan kisah salafus-soleh.

11. Mengingati mati

12. Menghadiri majlis ilmu.

Sedara-sedari sekalian sudah pasti mengetahui 2 jenis virus tersebut dan kadang-kadang kita tidak perasan atau rasa akan kehadiran dalam diri kita.Jadi berikut merupakan beberapa jalan taua kaedah untuk mengatasinya.Namun tidak dapat dinafikan ada cara atau alternative yang lebih teguh dan jitu untuk mencegahnya.Semoga kita dapat mengambil intipati daripada coretan yang dinukilkan.Hal ini penting buat kita dalam memastikan peranan kita di atas muka bumi ini bukan hanya belajar , menutup ilmu dan sebagainya tetapi ada peranan dan misi yang penting kenapa Allah jadikan kita atas muka bumi ini.Saya tinggalkan persoalan ini semoga sedara-sedari sekalian dapat menjawabnya bila kita memperhatikan akan nikmat-Nya dan menghisab kembali amalan yang kita lakuakan sama ada diterima Allah atau sebaliknya…maassalamah

0 comments