free web counter

Members of Muslimin

All My Crews

Members of Muslimat

Semester 09/10

Academic Year 2009/2010

Semester II
Lectures28.12.2009 - 12.02.2010
Break13.02.2010 - 21.02.2010
Lectures22.02.2010 - 11.04.2010
Revision12.04.2010 - 18.04.2010
Examination19.04.2010 - 09.05.2010
Special Semester
Lectures and Examination10.05.2010 - 27.06.2010
Break10.05.2010 - 04.07.2010S

Labels

Basshunter - All I Ever Wanted

Radio Malaysia Online

Followers

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Al-kisah dimaktubkan nama pada diri ini Muhammad Syafaat Bin Mohd Azli.Merupakan Putera Sulong dari 7 adik-beradik yang dilahirkan di Gerik ,Negeri Perak Darul Ridzuan.Kini putera ini semakin membesar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Adika Raja,Gerik.Kemudian di awal remaja meneruskan pengajian di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah(SARJANA).Seterusnya putera meneruskan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri Kelantan.Kini putera berada di Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam Ijazah Sarjana Muda Syaridah dan Undang-undang selama 4 Tahun.Putera merupakan mantan Jawantankuasa Kebajikan dan kemasyarakatan di APIUM Nilam Puri.

ShoutMix chat widget

Brotherhood of Muslim Camping 2009

Posted by Alsyuk

Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Posted by Alsyuk

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows XP ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Mengapa Perlu Format Komputer?

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan installWindows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya andainstall Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.
    windows-no-hard-disk
  5. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  7. Sekiranya hard disk anda:
    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  8. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalamexternal hard drive.
    install Windows XP
  11. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  12. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses installWindows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP

Install Windows XP

  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install-window-27
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)

BROTHERHOOD OF MUSLIM CAMPING 2009 menutup tirai

Posted by Alsyuk

Brotherhood of Muslim Camping 2009 atau lebih dikenali dengan BRO-MC 09 yang dijalankan pada 22-24 November 2009 bertempat di Kem Seri Raudah ,Gombak kini menutup tirai setelah sekian lama dirancang beberapa bulan sebelum termaktub program ini.Untuk makluman program ini merupakan anjuran daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan hal ini merupakan salah satu inisiatif bagi menerapkan dan menerangkan para peserta untuk mendalami Islam dengan lebih jelas dan terperinci.Adapun begitu pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi memeriahkan program ini.Antaranya :

Cabaran melalui titian sirat yang penuh dengan debaran

Acara street soccer di sebelah petang menjadi tumpuan menarik

Dan banyak lagi aktiviti yang dijalankan...seperti paintball,jungle
trekking, explorace dan lain-lain.InsyaAllah saya akan masukkan
video sepanjang Bro Mc 09 .Alhamdulillah program yang dijalankan
mendapat sambutan yang baik dikalangan peserta.Semoga program
seperti ini dibuat pada masa akan datang...

"2012" : Emmerich Lengkapkan "Secret Puzzle" New World Order Ill

Posted by Alsyuk


Petikan ini di ambil dari www.syok.org.


Saya mohon maaf atas kelewatan membuat komentar kepada "2012" yang telah saya tontoninya sebelum ini atas beberapa masalah.

Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar 2012 menyesatkan aqidah umat Islam. Kenyataan tegas dari Indonesia (malangnya tidak kedengaran pula dari Malaysia termasuk dari pimpinan ulama gerakan Islam mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan) sangat penting bagi mempertegas penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Namun demikian, bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilihat dengan lebih mendalam dan tersirat, bukan sekadar yang tersurat dari filem itu.

Ada beberapa teori konspirasi Yahudi Illuminati yang sedang menarik perhatian saya dalam filem yang mesejnya menepati ramalan saya sebelum ini (baca "Apa Pula Simbol Emmerich Dalam 2012" dan "2012 Janjikan Propaganda Illuminati").

1. Kenapa seorang pakar geologi - yang membocorkan maklumat kerajaan AS mengenai gempa bumi yang akan menimpa AS - terbunuh di tempat yang sama kemalangan maut berlaku pada Princess Diana ?

Adakah filem ini terang-terang mahu 'sengaja' menunjukkan bahawa kemalangan di tempat yang sama meragut nyawa Princess Diana hakikatnya suatu yang dirancang "secret societies" dan bukannya kebetulan ?


Baca juga : "...when The Queen Diana said : “there are powers at work in this country of which we know nothing...”.


2. Kenapa kapal armada laut AS (lihat gambar utama ini di website 2012) yang jelas terpampang nama John F. Kennedy 'terpilih' untuk merempuh White House ketika di kemuncak bencana tsunami dalam 2012 ?

Pendedahan John F. Kennedy suatu bahaya besarkah kepada pemilik sebenar pentadbiran AS ? Mungkin pendedahan website seperti ini mampu membuka minda.



3. Kenapa ada sahaja elemen "konspirasi yang tidak boleh didedahkan" dalam filem ini ketika ramai mungkin menjangkakan ia tidak akan berkesudahan dengan wujudnya kehidupan baru selepas diselamatkan oleh bahtera penyelamat - yang telah dirancang pembinaannya lebih awal oleh AS ?

Sukarkah membuat filem tanpa elemen 'konpirasi' ataupun 'hidden map' ?

Adakah ia suatu signal sememangnya Kiamat 2012 bukannya fenomena alam, tetapi sesuatu yang sedang dirancang pihak yang sama yang pernah mencatur Perang Dunia Pertama sehingga tertegaknya negara haram Israel dan mencipta bom atom untuk meletupkan Perang Dunia Kedua dari Jepun ?

Apatah lagi filem "2012" terdapat banyak aksi semacam sengaja "memperli" mengenai kedatangan "the end of life" seperti aksi nyanyian berseloroh sebuah band musical dan aksi animasi kelakar "matahari menembak bumi" dalam komputer Charlie Frost, juruhebah radio. Nampak jelas ia semacam memerli mereka yang akan mempercayai kiamat pada "2012".

4. Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal. Tahniah Remmerich, anda membuka fikiran saya untuk melihat tragedi bersejarah Titanic itu kini dari sudut yang berbeza.

"It is not inconceivable that we have heard so much about the famous voyage of the Titanic because it was one of the most perfect crimes ever committed." - Doug Yurchey


How could a ship that's made out of metal be sunk by an iceberg?



Rujukan lagi :
www.titanicconspiracy.com
5 persoalan misteri sebelum kejadian Titanic
www.dajjalvideo.blogspot.com/bermudatriangle




5. Filem ini juga memberikan suatu mesej bahawa sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.

Adakah ini suatu lagi signal pihak yang sama sedang mencipta teknologi di udara dan di lautan - yang kononnya ia adalah makhluk asing (U.F.O) walhal mereka yang menciptanya ('faked alien') ?

Mereka telah berjaya menipu dunia dengan 'fake event' pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969, kali ini tidak perlu pelik dengan penipuan seterusnya mengenai wujudnya 'makhluk asing', dunai mesti bersatu di bawah AS untuk menentang mereka seperti digambarkan dalam Independence Day arahan Remmerich yang sama sebelum 2012, filem ke-12 beliau.




New World Order Conspiracy Reveals Secret Martial Law Doomsday Plan 2009-2012. Lihat lagi pendedahan golongan Youtuber Kristian mengenai ancaman Illuminati di sini. Walaupun ia dibuat oleh golongan Kristian, namun sememangnya Illuminati adalah musuh utama yang akan menghapuskan semua agama.

5. Berulang kali juruhebah radio dalam 2012, Charlie Frost membuat kenyataan sebelum dirinya dihempap batu api dari letupan volkani 2012.

"To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian... We must be ONE family now. We Will be ONE!!!".

Untuk apa kalimah "one" sentiasa digemakan ? Untuk apa dipaparkan negara-negara besar dunia seperti China (tempat projek 'bahtera penyelamat' dibina), India, Russia dan 48 buah negara kesemuanya bersetuju dengan pelan keselamatan AS melalui kapal Atlantis tersebut ?

Merujuk kepada projek besar Yahudi untuk mewujudkan "One New World Oder" pada 2012 ? One World Religion ?


Bagi saya, skrip 2012 yang ditulis oleh Harald Kloser sememangnya mempunyai mesej tertentu kalaupun tidak kesemuanya. Jika tidak, masakan filem menelan belanja besar hampir 800 juta ringgit Malaysia ini boleh ditampung oleh Yahudi di belakang Hollywood.

6. Apa simbol di sebalik bahtera penyelamat yang menyelamatkan beberapa ratus ribu manusia yang 'terpilih' selepas bencana 2012 tersebut ? Adakah ia mengisyaratkan kepada projek penyingkiran 90 % penduduk dunia - melalui sekatan pemakanan dan sebagainya - dan akan kekalnya mereka yang 'terpilih' untuk meneruskan tamadun baru manusia berasaskan "New World Order" (novus ordo seclorum) .

Undian pemimpin pasca 2012 di website rasmi 2012 tambah meragukan siapakah dalang di sebalik projek "2012 fear factor"

Propaganda "Noah Ark" versi AS. AS tampil sekali lagi dalam "2012" sebagai penyelamat dunia (baca : pemusnah dunia).

Kenapa semacam kisah kapal Nabi Nuh yang sememangnya kisah sejarah itu menjadi titik persamaan antara agama asal Yahudi, Kristian dan Islam dijadikan 'nostalgia' dalam penghujung "2012" ? Semua agama akhirnya akan tunduk pada SATU kuasa setinggi Gunung Everest pada saat itu berlaku ?

Dalam ajaran agama Samawi dan mungkin juga agama lainnya, ketika kiamat terjadi tidak ada satu pun makhluk di bumi yang akan selamat, semua hancur bersama dengan hancurnya alam semesta. Namun filem 2012 ini mengirimkan "hidden messages" bahwa kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya, pasti anda akan selamat.

Demikianlah "mesej halus" filem 2012 pada anak-anak kecil dan remaja yang belum mapan didikan agama mereka. Didikan filem itu jelas melawan ajaran agama tentang Kiamat. Seolah-olah Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut. 2012 mengirimkan pesan AS penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda !!!


Semuanya di atas hanyalah hipothesis saya, boleh diterima mahupun ditolak.

Mesej dari 2012 adalah pengumuman siri puzzle seterusnya dari Yahudi pembunuh para anbiya'.

Ramai adik-adik bertanya kepada saya, kenapa Illuminati mendedahkan kewujudannya dalam pelbagai bentuk halus sedangkan mereka sebuah gerakan rahsia yang mahu melakukan kerosakan di dunia ?

Jawapan saya mudah.

1. Dengan berbicara dengan simbol kepada musuh-musuh mereka (baca : umat Islam dan golongan beragama), mereka akan cuba mencipta peperangan secara propaganda menimbul ketakutan atau "fear-factor". Mencipta ketakutan sebelum berperang adalah teknik "mind-control" yang sememangnya dipraktikkan Yahudi sejak dari zaman Nabi S.A.W.

Yahudi sememangnya sebuah bangsa yang dibuktikan sejarah takut berdepan dengan peperangan bersemuka dengan umat Islam. Perang Bar Lev sudah cukup mengajar mereka erti ketakutan pada doa-doa para ulama Islam. Justeru mereka mahu menimbulkan ketakutan kepada umat dengan menonjolkan kewujudan mereka dalam catur-catur yang mereka atur sejak lama dahulu, yang lingkaran mereka sangat luas dan complicated, tetapi kesemuanya menggunakan brand dan pattern (logo) yang sama.

2. Supaya umat Islam terus disibukkan mengkaji kewujudan simbol-simbol mereka sahaja, dalam pelbagai medium, tetapi lalai dari tindakan yang lebih konstruktif untuk menyelamat dan membentengi ummah dari perencanaan jahat 9 "F" mereka (Finance, Food, Film, Fashion, Fun, Fiction, Faith, Friction dan Fitnah), lalai dari usaha keras untuk mengemukakan penyelesaian membina kepada ummah yang sedang disepakterajang oleh mereka atau sedang berada di telunjuk percaturan mereka.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Orang-umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pertempuran besar tersebut telah diisyaratkan Nabi S.A.W akan memihak kepada umat dan tentera Islam. Saya sangat optimis khususnya setelah menatapi "Al-Mubassiyraat bi Intahsaaril Islam" karangan ulama intelektual dunia Islam Syekh Dr Yusuf al-Qaradhawy.

Syaratnya cuma apabila tentera Muhammad telah memenuhi syarat persiapan syariatullah dan sunnatulah (ilmu) sebelum kedatangan Nabi Isa alahissalam dan gerombolan tentera Imam Mahdi, impian membenamkan Yahudi-Iblis, seluruh sistemnya yang well-complicated dan seluruh proksi-proksi 'mata satu' mereka dari terus mencatur sepak terajang bencana kemanusiaan dunia akan direalisasikan.

"...Usaha-usaha menghalang gagasan pengislaman ilmu ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL). Sesungguhnya pembunuhan beliau membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun." - www.ibnuyaacob.com


"Benarlah Ahmad Thomson ketika di dalam bukunya yang berjudul Dajjal – The AntiChrist mengatakan bahwa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini –terutama sejak hampir satu abad yang lalu- telah menjadi sebuah Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak ghaibnya sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Kian hari kian nyata bahwa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematis mengalami marginalisasi alias penghapusan.


Sedemikian hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu dekat si oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai sektor kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar secocok dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap sektor kehidupan manusia yang mencakupi ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, militari, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari Dienullah yakni nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment-pun diarahkan untuk menyambut kedatangan Dajjal."

MEMBENTUK KECEDASAN ROHANI MELALUI PUASA

Posted by Alsyuk


Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh karena memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al Ma'idah: 93)

Selama ini manusia cenderung lebih menekankan kecerdasan intelektual (IQ), tanpa mempertimbangkan potensi kecerdasan yang lain dan menganggapnya sebagai satu-satunya kecerdasan yang bisa membawa manusia pada kemajuan. Hal itu justru mengakibatkan terjadinya berbagai kerusakan pada kehidupan manusia di bumi ini.

Jika manusia selain memiliki kecerdasan intelektual juga memiliki kecerdasan rohaniah maka tentu lain kondisinya. Kecerdasan rohaniah ini akan menuntun manusia untuk bertindak dan bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya kepada Allah, manusia dan alam. Namun tidak semua manusia dapat menumbuhkan dan mengembangkan kecerdasan rohaniahnya tanpa disertai niat dan usaha yang sungguh-sungguh. Salah satu upaya yang dapat dilakukan adalah dengan pelaksanaan ibadah puasa.

Kecerdasan rohaniah atau transcedental intelligence adalah kecerdasan yang berpusat pada rasa cinta yang mendalam kepada Allah dan seluruh ciptaan-Nya. Atau kemampuan seseorang untuk mendengarkan hati nuraninya atau bisikan kebenaran yang dalam mengambil keputusan atau melakukan pilihan-pilihan, berempati dan beradaptasi. Kecerdasan rohaniah merupakan esensi dari seluruh kecerdasan yang ada, karena berada pada nilai-nilai keimanan kepada Ilahi. Salah satu indikator kecerdasan rohaniah adalah takwa. Takwa atau senses of responsibility, mengandung pengertian tidak hanya sebagai pengetahuan, namun juga merupakan sebuah dorongan untuk menunjukan bukti tanggungjawab atas apa yang diketahuinya. Allah SWT telah memerintahkan umat manusia untuk bertakwa sebagai mana tertuang dalam ayat tersebut di atas. Terkandung di dalamnya kaitan antara takwa (tanggungjawab), iman (prinsip) dan amal saleh yang merupakan indikasi kecerdasan rohaniah.

Untuk mewujudkan rasa takwa dan meningkatkan iman, maka manusia harus melakukan satu bentuk amal saleh, yaitu perbuatan yang ditujukan semata-mata untuk Allah dan mengandung nilai-nilai kebaikan. Salah satu bentuk tersebut juga merupakan kewajiban bagi umat Islam untuk mengerjakannya adalah puasa. Puasa merupakan bentuk ibadah kepada Allah yang mengandung pesan moral, tidak hanya masuk ke wilayah pribadi yang bersifat individual dan psikologis, namun juga masuk ke wilayah sosial, politik, ekonomi dan kultural.

Tetapi puasa tidak serta merta menjamin seseorang pasti menjadi saleh dan takwa. Hal itu dikarenakan hasil puasa tergantung pada pengertian dan niat orang yang bersangkutan. Jika seseorang dapat memahami tujuan puasa dan mencoba untuk mencapainya, maka orang tersebut akan menjadi saleh dan takwa (seperti disebutkan Allah SWT dalam QS. Al-Baqarah: 183)

Puasa pada bulan Ramadan ini, merupakan pendidikan tingkat tinggi bagi jiwa. Puasa melatih manusia untuk meninggalkan hawa nafsu yang paling kuat yaitu hawa nafsu perut dan hawa nafsu seksual, dengan tujuan mencapai keridhaan Allah SWT.

Mengenai ibadah puasa ini, Dr. Ali Abdul Hakim Mahmud berpendapat bahwa puasa adalah “sekolah” yang lengkap untuk mendidik jiwa, bahkan jiwa dan jasmani sekaligus. Pada hakikatnya, puasa sebagai sarana bagi manusia untuk membentuk dua hubungan yaitu hubungan dengan Allah SWT (hablun min Allah) dan hubungan dengan manusia (hablun min al-naas). Pembentukan hubungan dengan Allah SWT karena puasa mengandung pengertian penghambaan seumur hidup kepada Allah SWT. Sebagaimana dalam QS Adz-Dzariyat: 56 “Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada- Ku”. Adapun pembentukan hubungan dengan manusia karena dengan berpuasa manusia dapat merasakan penderitaan kelaparan orang-orang yang miskin.

Sehingga dalam diri orang yang berpuasa tumbuh solidaritas sosial yang tinggi untuk membantu saudaranya yang menderita kekurangan. Dengan berpuasa juga seseorang dilatih untuk mengontrol dirinya atau untuk latihan kesabaran.

Bagaimanapun, puasa merupakan sarana untuk membersihkan hati. Sedangkan hati adalah pusat dari kecerdasan rohaniah yang perlu mendapat pendidikan rohani. Karena dengan hati Allah ingin memanusiakan manusia, memuliakannya dari segala makhluk ciptaan-Nya dan karena hati pula manusia membinatangkan dirinya. Terhimpunnya perasaan moral dalam hati manusia, akan mendorong manusia untuk menampilkan bentuk tindakan yang berorientasi pada prestasi (amal saleh), sehingga tumbuhlah kecerdasan rohaniah yang paling awal yaitu kesadaran untuk bertanggung jawab.

Pada akhirnya ibadah puasa sebagai bentuk pendidikan rohani yang bertujuan membentuk kecerdasan rohaniah, akan memberikan pengaruh pada diri manusia; pertama, Membersihkan dan menjernihkan jiwa seseorang dari sifat negativisme dan sikap menyerah. Kedua, Membiasakan seseorang mencintai kebajikan dan kebenaran karena jiwanya telah bertautan dengan Allah SWT. Ketiga, Menjadikan seseorang berpegang teguh pada metode yang telah dipilih Allah SWT sebagai agama untuk seluruh manusia. Keempat, mendorong manusia untuk mencintai dan saling kasih sayang dengan sesama. Kelima, mengajarkan seseorang agar tidak melakukan kesalahan dan tidak melanggar ketentuan Islam, baik berupa hukum, syariat maupun etika. Keenam, membiasakan rohani seseorang untuk mencintai kebaikan dan membenci keburukan sehingga selalu siap melakukan amar ma'ruf nahi munkar.

Sebagai penutup tulisan ini, dapat disimpulkan bahwa kecerdasan rohaniah yang dicapai melalui ibadah puasa, bertumpu pada ajaran cinta (mahabbah) yang akan melahirkan sebuah kepedulian yang sangat kuat terhadap moral dan kemanusiaan. Orang yang memiliki kecerdasan rohaniah akan senantiasa tampil sebagai sosok yang penuh moral cinta dan kasih sayang, mencintai dan ingin dicintai karena Allah SWT. Dengan pemilikan dan penguasaan kecerdasan rohaniah inilah maka, krisis dan bencana yang menimpa bangsa ini akan teratasi dengan baik. Insya Allah. (*)

Amalan zikir, surah pendek pengisi masa paling berkesan

Posted by Alsyuk

AKTIVIS pertubuhan Islam di Amerika Syarikat, Dr Hisham Yahya Al-Talib pernah menulis, “Apakah yang terpanjang, terpendek, terpantas dan sangat perlahan, kita semua tidak mengendahkannya, tetapi selepas itu, kita semua menyesalinya?

“Tiada apa pun yang dapat dilakukan tanpanya, ia menelan segala yang kecil dan membina segala yang besar?”

Itulah masa.


Masa adalah yang terpanjang kerana masa adalah ukuran keabadian dan juga yang terpendek. Hal ini kerana tiada seorang pun antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyiap atau menyempurnakan segala tugas dalam kehidupan.

Bagi mereka yang gembira, masa berlalu terlalu cepat. Tetapi bagi mereka yang menderita, masa berlaku terlalu lambat.

Tiada apa-apa pun yang dapat dilakukan tanpanya. Hal ini kerana masa adalah satu-satunya pentas kehidupan kita. Masa juga adalah unsur asas bagi pembentukan kehidupan.

Masa menelan semua yang tidak berfaedah daripada generasi dalam bentuk kelalaian dan mengekalkan semua yang hebat dan berharga.

Manusia terbahagi kepada dua kategori. Pertama, manusia malang iaitu kumpulan yang murung atau pasif yang selalu memulakan sesuatu pada keesokan hari atau dengan perkataan lain, suka bertangguh.

Satu kategori lagi ialah kumpulan manusia yang hebat dan bersedia melakukan sesuatu berfaedah dengan segera. Bagi mereka tidak ada hari esok.

Membuang masa bukan hanya satu jenayah biasa, sebaliknya satu pembunuhan kejam.

Ramai percaya kepada ungkapan masa itu emas atau masa itu wang. Anehnya, kita tidak pernah terfikir untuk membiarkan sesiapa pun mencuri wang kita walaupun hakikatnya membiarkan manusia serta benda lain meragut masa kita.

Setiap pagi apabila bangun daripada tidur, buku catatan sudah tersedia untuk dipenuhi dalam masa 24 jam.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Pada setiap kali terbit fajar, ada dua malaikat menyeru: “Wahai anak Adam, aku adalah hari yang baru dan aku datang untuk menyaksikan semua amalan kamu.

“Oleh itu manfaatkan aku sebaik-baiknya kerana aku tidak kembali lagi hingga Hari Kiamat.”

Pada setiap hari, masa perlu diisi dengan perkara berfaedah dan mendatangkan kebaikan sama ada di dunia atau akhirat.

Sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita boleh berfikir dan merancang pekerjaan yang mendatangkan keuntungan di dunia dan akhirat.

Rasulullah mengajar kita pelbagai amalan yang boleh dilakukan pada minit terluang yang biasanya dibiarkan berlalu begitu saja.

Apa-apa yang diajar kepada kita, sebenarnya sangat mudah. Tetapi, faedahnya cukup besar, terutama sebagai bekalan untuk menghadapi hari kemudian yang semakin hampir.

Antaranyaialah membaca Surah al-Mulk. Surah yang mengandungi 30 ayat itu boleh dibaca dalam masa lima minit saja. Surah ini jika dibaca setiap hari dapat menyelamatkan kita daripada seksaan kubur.

Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku bercita-cita supaya surah ini terpahat dalam hati setiap insan dari kalangan umatku.”

Surah al-Waqi’ah yang mengandungi 96 ayat dan boleh dihabiskan dalam masa lapan minit juga elok dijadikan amalan. Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang membaca Surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya.”

Begitu juga dengan Surah Yasin yang mengandungi 83 ayat dan memakan masa 12 minit untuk dibaca. Kegunaannya seperti yang diakui oleh kebanyakan ulama

bahawa tidak dibacakan surah ini ketika berada dalam kesulitan kecuali dimudahkan Allah kesulitan itu.

Mungkin ada yang berasa sukar untuk membaca surah di atas jika tidak menghafaznya. Bagi mereka ada gantinya. Bacalah ‘Qul Huwallahu Ahad’ (Surah al-Ikhlash) sebanyak tiga kali yang mengambil masa 15 saat saja. Pahalanya menyamai dengan membaca sebuah al-Quran!

Zikir tertentu sangat besar gunanya. Dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata ‘Subhanallah wa biham dihi’ ditanamkan untuknya sebatang pokok kurma di syurga.”

Dalam riwayat lain Baginda bersabda bermaksud: “Sesiapa yang berkata ‘Subhanallah wa biham dihi’ 100 kali dalam sehari, dihapuskan kesalahannya meskipun kesalahan itu sebanyak buih di lautan.”

Pengulangan zikir itu sebanyak 100 kali hanya memerlukan masa hanya tiga minit.

Sudah ada kebun kurma di syurga, pastinya kita memerlukan kediaman untuk beristirehat.

Untuk mendapat sebuah rumah, Rasulullah mengajar umatnya supaya mengerjakan solat sunat rawatib 12 rakaat dalam satu hari, dua rakaat sebelum fardu Subuh, dua sebelum fardu Zuhur serta dua selepasnya, dua selepas fardu Maghrib dan dua selepas fardu Isyak.

Setiap dua rakaat solat sunat rawatib itu memakan masa tiga minit, maka 12 rakaat hanya memerlukan 18 minit.

Itu hanya contoh. Jika dikira sekalipun, jumlah amalan itu tidak sampai satu jam daripada 24 jam yang Allah berikan kepada kita.

Namun begitu jika tidak dirancang, masa itu berlalu dengan sia-sia. Banyak lagi ayat dan zikir pada waktu pagi, petang atau malam yang boleh diamalkan, khususnya pada waktu terluang yang biasanya dibiarkan berlalu begitu saja.

Ibnu Mas’ud berkata bahawa Rasulullah bersabda kepadanya: “Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam aku diisrakkan. Baginda berkata kepadaku: “Wahai Muhammad! Sampaikan kepada umat kamu salam dariku.

“Khabarkan kepada mereka, sesungguhnya syurga adalah tanah yang subur, airnya jernih lagi nyaman. Ia kosong dan lapang. Tanamannya ialah: Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahu Akbar.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).


Perlu diingat bahawa apa-apa pun yang dilakukan harus berdasar kepada keimanan yang tulus suci dan keikhlasan yang murni.

Tanpa keikhlasan amalan itu tidak bermakna dan hancur laksana debu berterbangan.

Firman Allah bermaksud: “Dan Kami tujukan perbincangan kepada apa yang mereka kerjakan daripada jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” (Surah al-Furqan, ayat 23)

Amalan baik yang dilakukan dengan perancangan betul, berlandaskan keimanan dan mengharap rahmat serta reda Ilahi pasti membuahkan kejayaan baik di dunia mahupun akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, baik lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 97).

TANGGUNGJAWAB PEMUDA ISLAM

Posted by Alsyuk

Di Antara Kewajipan Pemuda Islam

Pentingnya saya katakan bahawa peranan dan tanggungjawab pemuda Islam hari ini bukanlah satu perkara biasa kerana ia adalah amanah bagi setiap pemuda Islam yang beriman terutama yang yang bijak pandai yang mempelajari ilmu agama yang mana mereka yang menitik beratkan dan melibatkan diri dalam menyebarkan dakwah Islam dan bangun bekerja untuk Islam dengan bersungguh-sungguh hari ini..

1.Pertamanya , Anda harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci dan sempurna,agar mereka benar-benar menjadi muslim dari semua aspek sama ada hati , perasaan , ilmu , akidah dan sebagainya.Kerana ini agar anda semua menjadi benar-benar faham dan bersanggupan untuk melaksanakan kerja Islam setelah mana mereka cukup dengan kelengkapan dan kemampuan yang sesuai yang digariskan oleh Islam.

2.Pemuda Islam hari ini wajib menjadi agen untuk membetulkan budi pekerti yang menyeleweng , memperbaiki adat yang telah serong dari syariat Islam sebagaimana yang dipraktikan dalam Islam.Percanggahan antara perkataan dan amalan ini akan menumbuhkan bibit nifaq dalam jiwa sekaligus akan menghilangkan kepercayaan.Hal ini dapat diatasi dengan keselarasan perkataaan dan amalan kita yang digariskan dalam Islam.Sesungguhnya orang yang bercakap atau berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan terhadap dakwahnya.Firman Allah :

maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman ! mengapa kamu berkata barang yang tidak kamu kerjakan.Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak kerjakan" (surah Al-Sof :2-3)


3.Proses penyebaran ilmu harus ditingkatkan sama ada dengan buah fikiran atau tenaga kerja yang dikurnia Allah dalam berdakwah.Ianya harus dilebarkan lagi usaha ini sama ada dengan tulisan mahupun dengan ucapan.Pemuda Islam hari ini haruslah membuat pengkajian akan asas tamadun barat dan tamadun Islam bagi mencari kebenaran yang hakiki supaya kita dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam daripada meniru teori barat yang banyak menipu golongan Islam sejak berzaman-zaman.

4.Peranan seterusnya harus dimainkan adalah meranacng,menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang paling sesuai dam munasabah dalam menyakinkan dan menarik generasi baru bahawa undang-undang Islam adalah benar dan betul untuk dipraktikkan dalam amalan seharian. Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka
mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah
mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.
Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul
dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan
pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh
dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Dan tugas anda ini hendaklah
diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana
akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas
dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini
sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang
seri yang berlandaskan Islam.

Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa
perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak
didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu
berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu
tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.

4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah
Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun
orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat,
yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang
utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah
barisan anda.Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang
telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin,
kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka
itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah
dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang
berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.

5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorang
awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda
jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga
mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka,
meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya
mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi,
seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di
negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah
rosak.

Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup
tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh
di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan
undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang
fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka
sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.

6. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang
tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.
Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang
mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki
nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan
mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam
kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini
memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti
berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat
menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda
dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas
jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan. Antara
hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara
yang tidak selamat akibatnya.

Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan
tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai di
dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati
kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana
pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan
membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju
pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan
luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan
kepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka dengan
membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu
dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini
memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan
di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut
sesuka hati mereka.

Wallahu a'lam.

ANTARA DUA JALAN

Posted by Alsyuk



Firman Allah SWT: maksudnya;

“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan).” (al-Balad: ayat 10)

“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggung-jawabkan).” (al-Qiyamah: ayat 36)

Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya. Firman Allah SWT: maksudnya;

“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya.” (al-Mu’minun: ayat 115-116)

Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang telah ditarik oleh cahaya hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini. Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanan dan melangkah menuju ke matlamatnya. Firman Allah SWT: maksudnya;

“Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu.” (az-Zariyat: ayat 50-51)M

Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya, atau mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua itu adalah ilah-ilah selain daripada-Nya. Firman Allah SWT: maksudnya;

"Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya".

“Maka apakah orang-orang yang beriman sama dengan orang-orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama. Ada pun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan adapun orang-orang yang fasiq, maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakan siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya.” (As-Sajadah: ayat 18-20)

“Apakah patut Kami jadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (al-Qalam: ayat 35-36)

“Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang- akupun termasuk orang-orang yang menunggu bersama kamu”. Kemudian Kami selamatkan para Rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”(Yunus: ayat 102-103)

Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Firman Allah SWT: maksudnya;

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”(Yusuf: ayat 21)

Firman Allah SWT dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermaksud):

“Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (kekasih-Ku), Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai melainkan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hamba-Ku itu berusaha mendekatkan diri kepada Ku dengan melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku pun mencintai (mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul keras dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepada Ku, Aku akan kurniakan dan jika dia memohon perlindungan Ku, Aku akan melindunginya. Dan tidak pernah Aku ragu-ragu pada sesuatu di saat Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil jiwa orang mu’min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka mengganggunya.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)-

BERDEPAN DENGAN PERSELISIHAN PENDAPAT DALAM AGAMA

Posted by Alsyuk

Sekarang saya akan berbicara dengan saudara tentang da'wah kita berdepan dengan perselisihan-perselisihan pendapat dalam agama dan pendapat mazhab-mazhab.

Perpaduan, bukan perpecahan:

Pertama ketahuilah -- semuga Allah akan membukakan kepada saudara -- bahawa da'wah Ikhwan Muslimin tidak dibataskan kepada golongan-golongan tertentu, tidak juga menyebelahi mana-mana pendapat yang terkerial di kalangan orang ramai dengan satu bentuk yang tertentu, tanggungjawab dan ikatan yang tertentu. Da'wah Ikhwan adalah da'wah yang suci bersih dan tidak dikotori dengan sebarang warna, da'wah yang menyertai kebenaran di mana saja kebenaran itu berada, da'wah yang suka kepada kata sepakat, bencikan pengasingan diri. Sesungguhnya bala besar yang menimpa orang Islam ialah perpecahan dan perselisihan. Dan asas kemenangan mereka ialah kasih sayang dan

kesatuan. Tidak ada sesuatu yang dapat memperbaiki generasi terakhir ummat ini kecuali sesuatu yang telah dapat memperbaiki generasi yang terdahulu. Itulah formula asasi dan matlamat yang jelas bagi setiap saudara Islam, itulah 'aqidah yang termetri dalam sanubari kita, dari sana kita muncul dan ke sana kita seru.

Perselisihan pendapat satu kepastian:

Di samping itu kita mengimani bahawa perselisihan pendapat dalam masalah cabang agama adalah menjadi satu kepastian, dan kita tidak akan dapat kata sepakat dalam masalah-masalah cabang, pendapat-pendapat dan mazhab-mazhab. Hal ini adalah kerana beberapa sebab;

Diantaranya:

Kekuatan akal dalam mengeluarkan istinbat hukum tidak sama, demikian juga tidak sama dalam memahami dalil-dalil, menyelami pengertian-pengertian yang mendalam, juga tidak sama dalam menghubungkan suatu hakikat dengan hakikat yang lain, sedangkan agama adalah merupakan ayat-ayat dan Hadith-Hadith yang ditafsirkan oleh akal dan pendapat dalam batas-batas bahasa dan kaedah-kaedah yang tertentu. Dalam soal ini kemampuan manusia tidak sama, oleh itu perselisihan pendapat adalah satu kepastian. Bertolak dari sinilah sempit dan luasnya ilmu seseorang. A, sampai kepada suatu peringkat yang tidak dapat dicapai oleh B, demikianlah seterusnya. Imam Malik telah

berkata kepada Abi Ja'afar: "Sesungguhnya para sahabat RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam telah terpisah di kota-kota dan tiap-tiap kamu itu mempunyai ilmu, sekiranya engkau memaksa mereka mengikut satu pendapat sahaja akan berlakulah fitnah ':

Termasuk juga dalam persoalan ini ialah perbezaan suasana keadaan masyarakat. Pelaksanaan hukum berbeza menurut perbezaan suasana ini. Saudara lihat Imam Shafie sendiri membawa fatwa dengan pendapatnya yang terdahulu (Qaul qadim) di 'Iraq berlainan dengan fatwanya yang baru (Qaul jadid) di Mesir, sedang beliau dalam dua keadaan ini memilih sesuatu yang jelas dan nyata baginya dengan tidak mengenepikan hak dan kebenaran dalam kedua-dua fatwanya itu.

Selain dari itu termasuk juga dalam masalah khilafiyyah ini perasaan puashati terhadap sesuatu riwayat Hadith sewaktu menerimanya. Kadangkala kita dapati seorang periwayat itu dipercayai (thiqah) menurut imam A, dan saudara berpuas hati dengannya, tidak ragu-ragu menerima sesuatu darinya, sedangkan pada waktu yang sama dan periwayat yang sama mempunyai kecacatan (illah) menurut imam B, berdasarkan pengetahuannya terhadap periwayat itu.

Termasuk juga dalam soal khilafiyyah ini perbezaan penilaian masing-masing terhadap dalil-dalil. Misalnya: A menganggap perbuatan.manusia (secara umum) lebih diutamakan dari kepentingan perseorangan, sedangkan B berpendapat sebaliknya, begitulah seterusnya.

Ijma' dalam perkara cabang

tidak dapat dilakukan

Kesemua sebab-sebab di atas membuatkan kita berkeyakinan bahawa iima' (kata sepakat) dalam suatu perkara cabang agama adalah suatu kemustahilan malah ianya bercanggah dengan tabiat agama itu sendiri. Sesuatu yang dikehendaki Allah ialah agar agama ini kekal sesuai untuk semua keadaan dan masa, cocok untuk semua zaman, dengan itu ternyatalah agama ini mudah, mencala, ringan, lembut, tidak ada kebekuan di dalamnya dan tidak ada kekerasan.

Maaf di atas perselisihan kita:

Kita mempunyai keyakinan demikian, oleh itu kita minta maaf sungguh-sungguh kepada mereka yang berselisih pendapat dengan kita dalam setengah-setengah masalah cabang dan kita berpendapat bahawa perselisihan ini bukanlah menjadi suatu halangan kepada pertalian hati, kasih sayang dan bekerjasama untuk kebaikan, tidak menjadi halangan kepada pengertian Islam yang menyeluruh dengan batasnya yang istimewa dan kandungannya yang luas hingga dapat menghimpunkan kita dan

mereka dalam satu rumpun, bukankah kita Islam dan mereka juga Islam? Tidakkah kita ingin patuh kepada hukum yang menenangkan hati kita dan mereka juga demikian? Tidakkah kita dituntut mengasihi saudara kita seagama sebagaimana kita mengasihi diri kita? Oleh itu apakah yang menyebabkan perselisihan? Kenapa pendapat kita tidak dapat dijadikan sebagai satu pendapat yang masih boleh dibincangkan. Demikian juga sebaliknya pendapat mereka? Kenapa kita tidak bertolakansur dalam suasana yang hening dan kasih sayang sekiranya di sana masih ada sebab-sebab yang mendorong kita bertolak ansur?

Para sahabat RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam berselisih pendapat antara satu sama lain dalam memberi fatwa, tetapi adakah perselisihan ini membawa perselisihan dalam hati mereka? Adakah perselisihan ini memecahkan perpaduan atau ikatan mereka? Tidakkah perselisihan mereka dalam menentukan sembahyang asar di Quraizah merupakan satu contoh yang dekat.

Sekiranya para sahabat berselisih sama sendiri sedangkan mereka adalah orang yang paling hampir kepada zaman Nubuwwah, orang yang paling 'arif tentang qarinah-qarinah hukum, kenapa kita bercakaran sama sendiri kerana masalah khilafiyyah yang remeh dan tidak penting?Sekiranya para imam yang terdahulu telah berselisih pendapat antara satu sama lain, berbahas antara sesama mereka, kenapa kita tidak menerima apa yang telah mereka terima? Sekiranya perselisihan pendapat telah berlaku dalam masalah cabang yang masyhur dan nyata seperti azan yang dilaungkan lima kali sehari, sedangkan di sana banyak nas-nas dan athar yang bersangkutan dengan masalah ini sebagai

tempat rujukan. Bagaimana pula pendapat saudara dalam masalah terperinci (detail) yang hanya dirujukkan kepada pendapat dan istimbat.

Setelah itu di sana masih ada suatu perkara yang`harus mendapat perhatian, iaitu, bila perselisihan berlaku, orang ramai akan rujuk kepada "Khalifah" dan pegawai keamanannya. Imam (khalifah) akan bertindak memberi kata putus. Kata putus ini akan menamatkan perselisihan, tetapi sekarang di manakah khalifah itu? Kalau inilah permasalahannya, maka perkara utama bagi ummat Islam hari ini ialah mencari seorang khalifah, setelah persoalan ini selesai mereka akan dapat membentangkan kaedah-kaedah yang mereka pegang kepada khalifah, namun untuk terus dalam perselisihan yang berlarutan tanpa tempat rujuk akan membawa kepada perselisihan yang lain pula.

Ikhwan Muslimin mengetahui sudut ini, oleh itu kita melapangkan dada terhadap orang yang berselisih pendapat dengan kita. Kita berpendapat bahawa tiap-tiap kaum itu mempunyai ilmu pengetahuan yang tersendiri. Kita juga berpendapat bahawa tiap-tiap da'wah itu ada kebenaran dan kesalahannya, kita tunduk kepada kebenaran dan menerimanya. Kita mencuba dengan sedapat daya dan dengan lemah-lembut agar pihak yang berselisihan dengan kita menerima pendapat kita dengan puashati, sekiranya mereka puashati maka itulah yang diharapkan, tetapi sekiranya mereka tidak berpuashati mereka adalah tetap sebagai saudara dalam agama, kita berdoa agar Allah memberi hidayat kepada kita dan mereka.

Perangilah kemunkaran:

Ikhwan Mlislimun menyedari bahawa di sana terdapaf satu sudut dari sudut-sudut kemasyarakatan yang paling merbahaya kepada agama. Alangkah baiknya segenap tenaga da'wah ditumpukan untuk menyatukan manusia memerangi sudut yang merbahaya ini -- bahaya yang menggugat asas agama, sudut yang telah kita persetujui bersama mengingkari dan bekerja untuk menghapuskannya. Inilah manhaj Ikhwan Muslimin berdepan dengan orang yang berselisih pendapat dengan mereka dalam

masalah cabang agama Allah. Saya dapat menyimpulkan kepada saudara bahawa Ikhwan Muslimin mengharuskan perselisihan pendapat, benci kepada sifat fanatik kepada mana-mana pendapat, mereka berusaha untuk mencapai kebenaran dan hak, mendorong manusia untuk mencapai kebenaran dan hak ini dengan jalan yang paling lembut dan kasih sayang.