ShoutMix chat widget

TANGGUNGJAWAB PEMUDA ISLAM

Posted by Alsyuk Monday, May 18, 2009

Di Antara Kewajipan Pemuda Islam

Pentingnya saya katakan bahawa peranan dan tanggungjawab pemuda Islam hari ini bukanlah satu perkara biasa kerana ia adalah amanah bagi setiap pemuda Islam yang beriman terutama yang yang bijak pandai yang mempelajari ilmu agama yang mana mereka yang menitik beratkan dan melibatkan diri dalam menyebarkan dakwah Islam dan bangun bekerja untuk Islam dengan bersungguh-sungguh hari ini..

1.Pertamanya , Anda harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci dan sempurna,agar mereka benar-benar menjadi muslim dari semua aspek sama ada hati , perasaan , ilmu , akidah dan sebagainya.Kerana ini agar anda semua menjadi benar-benar faham dan bersanggupan untuk melaksanakan kerja Islam setelah mana mereka cukup dengan kelengkapan dan kemampuan yang sesuai yang digariskan oleh Islam.

2.Pemuda Islam hari ini wajib menjadi agen untuk membetulkan budi pekerti yang menyeleweng , memperbaiki adat yang telah serong dari syariat Islam sebagaimana yang dipraktikan dalam Islam.Percanggahan antara perkataan dan amalan ini akan menumbuhkan bibit nifaq dalam jiwa sekaligus akan menghilangkan kepercayaan.Hal ini dapat diatasi dengan keselarasan perkataaan dan amalan kita yang digariskan dalam Islam.Sesungguhnya orang yang bercakap atau berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan terhadap dakwahnya.Firman Allah :

maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman ! mengapa kamu berkata barang yang tidak kamu kerjakan.Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak kerjakan" (surah Al-Sof :2-3)


3.Proses penyebaran ilmu harus ditingkatkan sama ada dengan buah fikiran atau tenaga kerja yang dikurnia Allah dalam berdakwah.Ianya harus dilebarkan lagi usaha ini sama ada dengan tulisan mahupun dengan ucapan.Pemuda Islam hari ini haruslah membuat pengkajian akan asas tamadun barat dan tamadun Islam bagi mencari kebenaran yang hakiki supaya kita dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam daripada meniru teori barat yang banyak menipu golongan Islam sejak berzaman-zaman.

4.Peranan seterusnya harus dimainkan adalah meranacng,menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang paling sesuai dam munasabah dalam menyakinkan dan menarik generasi baru bahawa undang-undang Islam adalah benar dan betul untuk dipraktikkan dalam amalan seharian. Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka
mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah
mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.
Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul
dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan
pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh
dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Dan tugas anda ini hendaklah
diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana
akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas
dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini
sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang
seri yang berlandaskan Islam.

Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa
perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak
didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu
berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu
tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.

4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah
Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun
orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat,
yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang
utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah
barisan anda.Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang
telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin,
kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka
itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah
dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang
berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.

5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorang
awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda
jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga
mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka,
meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya
mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi,
seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di
negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah
rosak.

Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup
tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh
di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan
undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang
fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka
sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.

6. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang
tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.
Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang
mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki
nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan
mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam
kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini
memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti
berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat
menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda
dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas
jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan. Antara
hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara
yang tidak selamat akibatnya.

Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan
tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai di
dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati
kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana
pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan
membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju
pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan
luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan
kepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka dengan
membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu
dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini
memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan
di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut
sesuka hati mereka.

Wallahu a'lam.

0 comments